kAsiH WiDuri

cerita hati kita



Ya Allah

Seandainya telah engkau catatkan…. Dia milikku tercipta buatku….

Satukanlah hatinya dgn hatiku…. Titipkanlah kebahagiaan antara kami….

Agar kemesraan itu abadi….

Ya Allah Ya Tuhanku y Maha Mengasihi….

Seiringkanlah kami melayari hidup ini…. Ke tepian y sejahtera dan abadi….

Maka jodohkanlah kami….

Tetapi Ya Allah….

Seandainya telah engkau takdirkan…. Dia bukan milikku….

Bawalah dia jauh dari pandanganku…. Luputkanlah dia dari ingatanku….

Dan perliharalah aku dari kekecewaan….

Ya Allah Ya Tuhanku y Maha Mengerti….

Berikanlah aku kekuatan…. Menolak bayangannya jauh ke dada langit….

Hilang bersama senja y merah…. Agar aku sentiasa tenang….

Walaupun tanpa bersama dgnnya….

Ya Allah yang Tercinta….

Pasrahkanlah aku dgn takdirmu…. Sesungguhnya apa y telah engkau takdirkan….

Adalah y terbaik untukku…. Sesungguhnya engkau maha mengetahui….

Segala y terbaik buat hamba mu ini…

Ya Allah….

Cukuplah engkau sahaja y menjadi pemeliharaku….

Di dunia dan di akhirat….

Dengarlah rintihan dari hambamu y dhaif ini….

Janganlah engkau biarkan aku sendirian….

Di dunia ini mahupun di akhirat….

Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran….

Maka kurniakanlah aku seorang pasangan y beriman….

Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup….

Ke jalan y engkau redhai….

Dan kurniakanlah padaku keturunan y soleh dan solehah….

Ya Allah….

Berilah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat….

Dan perliharalah kami dari azab api neraka….

Amin…amin…amin…ya rabbal ‘Aalamin



Ajk-ajk PPI sedang sibuk menghidang makanan(walaupun nampak cerah lagi....tapi da pukul 6.45)... Majlis iftar ni juga menjemput beberapa student dari UIAM...antara wakil-wakilnya ialah....mardhiah yati(engineering) dan hazirah(nursing). wakil dari lelaki pula.......x kenal sangat..tapi diaorang semua x sempat berbuka di sini kerana lambat sampai..selepas solat maghrib baru diaorang sampai...selepas solat maghrib ada sedikit perbincangan antara kami dan student UIAM....antara perbincangannya ialah macam mana cara untuk mengendalikan usrah dan sebagainya....disebabkan masa yang dah pun malam,terpaksalah mardhiah dan hazirah bermalam di hostel kami...

Usrah
-bermaksud keluarga(ikatan ukhuwah)

Rukun-rukun usrah
-perkenalan
-tafahum(memehami antara satu sama lain)
-takaful

Adab-adab usrah
-mulakan majlis dengan AL-FATIHAH dan TASBIH KAFARAH
-ikhlaskan niat
-beri salam apabila hendak masuk atau keluar dalam sesuatu majlis
-tepati masa
-datang majlis dalam keadaan berwuduk dan berpakaian bersih
-berazam untuk mendapatkan ilmu
-duduk dengan sopan santun
-minta izin jika hendak bersuara
-berbincang jika ada masalah
-sentiasa berusaha untuk kenal ahli majlis
-pegang rahsia
-memberi salam sebelum bersurai
-terus hilang apabila majlis selesai



Hari itu aku pergi meeting untuk Persatuan Pelajar Islam dekat admin...meeting tu start pukul 9pm,tapi biasa la..janji manusia...so,aku n kawan2 pun mula la mendaftarkan diri..pukul 10pm meeting tu start. tapi kami semua pelik sangat sebab yang datang berapa orang je...aku tertanya-tanya.."mana la semua orang kat GMI ni". student perempuan yang datang lebih kurang 10 orang termasuk aku n kawan-kawanku n then lelaki lebih kurang 20 orang...so, meeting pun start...pengacara majlis pada malam tu aku x kenal sebab senior(sem 6 kot). selepas itu,diambil alih oleh pengerusi persatuan pelajar islam..kalau x silap aku name dia abang yazid. dia menerangkan asal usul persatuan ni..masa GMI ni kat cheras,persatuan ni sangat aktif dan merupakan persatuan yang paling ramai ahli...tapi sejak GMI pindah kat bangi,persatuan ni macam ghaib. ahlinya lebih kurang 50 orang je..pelik sangat..,so, abg yazid menjemput miss aini untuk memberi ucapan....dalam ucapan miss, miss tanya abg yazid berapa orang ahli dalam persatuan ni. abg yazid cakap lebih kurang 50 orang je...miss cakap"macam mane 50 orang je? sepatutnya semua student GMI secara automatic nya di kira sebagai ahli dalam persatuan ni(sebab semuanya islam). tapi malam ni yang hadir lebih kurang 40 orang. mana lagi student lain(student GMI lebih kurang 2000 lebih)"...betul juga kata miss tu.tapi mana yang lain?rupa-rupanya malam itu juga ada practice tari menari untuk sambutan 31 ogos. ramai yang turun untuk tengok tari menari. tapi 40 orang je yang datang meeting ni, yang lain tu ramai yang kaluar dengan pakwe n awek masing-masing kot....hurmmm...mungkin GMI ni kolej swasta,so, suka hati diaorang la kot nak buat apa pun..memang sedih sangat.....
so.....malam tu kami semua fikir macam mana nak tarik student-student kat sini untuk join persatuan kami dan secara tidak langsung dapat la memperbaiki kekurangan diri tentang hal-hal yang berkaitan agama......

disebabkan tak ramai yang pergi meeting ni, secara automitic kami semua dilantik menjadi AJK untuk persatuan pelajar islam....dan yang paling tidak ku sangka2....aku dilantik sebagai timb biro dakwah...DAKWAH???? insyaALLAH akan ku tunaikan tanggungjawab yang diamanahkan kepadaku ini....Amin.

Senarai Ahli Jawatankuasa Persatuan Pelajar Islam


Pengerusi: Abg yazid

Timbalan Pengerusi: Luqman(1)
Izzaty(2)

Setiausaha: Asyraf Safwan
Sani(1)
Sabrina(2)

Bendahari: Farid Nazmi
Ain Hamizah

Biro Dakwah: Mustafana
Yusof(1)
Farhana(2)

Biro Publisiti: Izzat Afandi
Shukree(1)
Nadiah(2)

Biro Riadah: Luqman Hakim
Mukhlis(1)
Salwa(2)

Biro Tugas-Tugas Khas: Amni
Husainy(1)
Hazwani(2)

Biro Usahawan: Syahiddin(1)
Munirah(2)

sepasang kaki anugerah yg membawaku melangkah kemana saja diatas perut bumi ini dgn bebas berjalan, berlari dan mengejar ....tapi sepasang kaki andai ia milik seorang perawan apatah lagi gadis muslimah langkahnya patut tidak panjang....berjalannya patut tidak seorang...berlarinya patut tidak kencang....mengejarnya pula patut tidak yang terlarang dan sepasang kaki milik muslimah tidak pantas bebas lepas tanpa disarungkan dgn perlindungnya yang melindungi bukan saja dari panas dunia

About this blog

" Jika dia jodohku, KAU permudahkanlah.. dan jika bukan, KAU jauhkanlah dia dariku.. Dan jika perasaan ini.. menyayanginya keranaMU, KAU bantulah kami.. dan jika ianya kerana nafsu semata.. Kau jauhkanlah ia dari kami.."

Renungan

"Barangsiapa yang dikehendaki Allah (kesesatan) nescaya disesatkan-Nya. Dan, barangsiapa yang dikehendaki Allah (untuk diberi-Nya pertunjuk) nescaya Dia menjadikan-Nya berada dijalan yang lurus."
(QS Al-An'am:39)

Tentang Beliau

Tentang Beliau

Counting days

Daisypath Anniversary tickers

Click

Date

Masa itu Emas

comments

visit-visit

My Follower

Search This Blog