Ya Allah
Seandainya telah engkau catatkan…. Dia milikku tercipta buatku….
Satukanlah hatinya dgn hatiku…. Titipkanlah kebahagiaan antara kami….
Agar kemesraan itu abadi….
Ya Allah Ya Tuhanku y Maha Mengasihi….
Seiringkanlah kami melayari hidup ini…. Ke tepian y sejahtera dan abadi….
Maka jodohkanlah kami….
Tetapi Ya Allah….
Seandainya telah engkau takdirkan…. Dia bukan milikku….
Bawalah dia jauh dari pandanganku…. Luputkanlah dia dari ingatanku….
Dan perliharalah aku dari kekecewaan….
Ya Allah Ya Tuhanku y Maha Mengerti….
Berikanlah aku kekuatan…. Menolak bayangannya jauh ke dada langit….
Hilang bersama senja y merah…. Agar aku sentiasa tenang….
Walaupun tanpa bersama dgnnya….
Ya Allah yang Tercinta….
Pasrahkanlah aku dgn takdirmu…. Sesungguhnya apa y telah engkau takdirkan….
Adalah y terbaik untukku…. Sesungguhnya engkau maha mengetahui….
Segala y terbaik buat hamba mu ini…
Ya Allah….
Cukuplah engkau sahaja y menjadi pemeliharaku….
Di dunia dan di akhirat….
Dengarlah rintihan dari hambamu y dhaif ini….
Janganlah engkau biarkan aku sendirian….
Di dunia ini mahupun di akhirat….
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran….
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan y beriman….
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup….
Ke jalan y engkau redhai….
Dan kurniakanlah padaku keturunan y soleh dan solehah….
Ya Allah….
Berilah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat….
Dan perliharalah kami dari azab api neraka….
Amin…amin…amin…ya rabbal ‘Aalamin
0 comments:
Post a Comment