kAsiH WiDuri

cerita hati kita


I can't give solutions to all of life's problems, doubts,
or fears. But I can listen to you, and together we will
search for answers.

I can't change your past with all it's heartache and pain,
nor the future with its untold stories.
But I can be there now when you need me to care.

I can't keep your feet from stumbling.
I can only offer my hand that you may grasp it and not fall.

Your joys, triumphs, successes, and happiness are not mine;
Yet I can share in your laughter.

Your decisions in life are not mine to make, nor to judge;
I can only support you, encourage you,
and help you when you ask.

I can't prevent you from falling away from friendship,
from your values, from me.
I can only pray for you, talk to you and wait for you.

I can't give you boundaries which I have determined for you,
But I can give you the room to change, room to grow,
room to be yourself.

I can't keep your heart from breaking and hurting,
But I can cry with you and help you pick up the pieces
and put them back in place.

I can't tell you who you are.
I can only love you and be your friend.



Ape bende la ni ea...
hurm..
disebabkan dapat award ni dari abg zaki..
so terpaksa la jawab beberapa soalan yg agak banyak...
interesting blog award??
hehe...rasanye mcm xde yg menarik je kat blog aku ni....
hurm...btw...thanks abg zaki....

1. apa yang anda akan buat bila anda tahu kawan anda tikam belakang anda?

- menangis sekuat-kuat nye...sampai hati dia buat mcm ni kat aku.....sob...sob....

2. 6org dihati anda?

- abah,mak,baby,adik,akak,abg......luv u all...muaahhhh

3.anda rasa anda comel?

- mmg saya comel...hahaha(perasan giler)

4. single or taken?
- single

5.blog yang mana anda suka?
- semua blog...hehe

6.adkah bilik anda kemas setiap hari?
- hurm.....ye kot...lalala~

7. lagu yang terakhir anda dengar?
- muhasabah cinta...besh2...

8.last text message?
- sedih T_T

9. last phone call?
- 14 april 05:34pm

10. game yang anda paling suka?
- barn buddy....tanam2 sayorr...

11. tag lagi orang..(soalan and tag sudah dikurangkan):)jenuh ohhhh..
- fatihah
- hazimah
- fathiyyah



Dalam ulitan mimpi, aku dikejutkan dengan bunyi
nyalakan anjing yang begitu kuat diselangi dengan
pekikan halus anak kucing yang penuh derita. Ahh..ini
semua nyata mengganggu tidurku. Kulihat jam dinding
tepat menunjukkan jam 4 pagi. Berbalik pada nyalakan
anjing yang begitu mengganggu tidurku. Semakin galak
ia menyalak dan semakin kuat juga bunyi si kucing
mengiau. Lantas aku bangkit dari katil ku menuju
jendela.

MasyaAllah…. Apa yang aku lihat benar-benar menyayat
hati ku. Dua ekor anjing besar (agaknya tengah
kelaparan) cuba menggigit seekor anak kucing yang
nyata sekali bukan lawannya. Ku lihat anak kucing itu
benar-benar berusaha mempertahankan dirinya. Pekikan
halusnya benar-benar menyentuh jiwa ku. Aku hanya
berdiri di jendela ku. Hendak ku turun ke laman, nanti
tak pasal-pasal aku yang jadi mangsa gigitan anjing
durjana tu. Apa yang aku lakukan untuk menyelamatkan
si anak kucing yang cuba mempertahankan dirinnya itu?
Berdiri , melihat dan mendengar anak kucing itu
memekik penuh derita sahaja…

Tanpa ku sedari air mata ku mengalir membasahi pipi
ku… Sedih… Aku tidak cuba untuk menyelamatkan anak
kucing malang itu. Hatiku bagaikan tersentak. Aku
insaf melihatkan bagaimana tubuhnya yang kecil itu
cuba melawan binatang yang mengganas. Kaki kecilnya
yang tak berdaya cuba untuk mencakar-cakar
anjing-anjing jahanam itu. Tanpa rasa belas ku lihat ,
kedua-dua ekor anjing gila itu cuba memamah tubuh
kecil yang memberontak mempertahankan dirinya daripada
menjadi mangsa keganasan anjing-anjing durjana itu.

Innalillahi innalillahi rojiun… suara pekikan anak
kucing itu semakin lemah dan akhirnya senyap. Salakan
anjing durjana itu juga tidak kedengaran lagi.
Anjing-anjing durjana itu tadi menolak-menolak tubuh
si anak kucing. Anak kucing itu tidak bergerak lagi….
Astaghrfirullahhalazim… Ya Allah… ampunilah dosa ku….
Adakah rasa keinsafan ku ini hanya sementara?...

Melihat peristiwa yang menyayat hati di depan mata ku
sendiri ini, membuatkan aku mula berfikir… adakah ini
sebenarnya yang kita lakukan… Maksudku… dalam kita
bergembira dan menikmati hidup dengan sempurna dengan
izin Allah, saudara-saudara seIslam kita di tempat
lain berjuang nyawa mempertahankan kesucian Islam. Dan
juga dalam masa yang sama kita di sini yang mengaku
Islam tanpa disedari melelong kesucian Islam.
Nauzibillahiminzalik….

Banyak juga yang aku fikirkan…. Sahabat ku, cubalah fikir sejenak…. Kenapa kita umat Islam diibaratkan seperti anak kucing yang kecil, tidak bermaya, kesorangan dan hanya mampu memekik sahaja. Sedangkan Yahudi (terutamanya) dan orang kafir umpama anjing besar yang
kelaparan….fikirlah sejenak….
Adakah kita umat islam di sini, seperti aku yang hanya berdiri
menyaksikan penderitaan anak kucing itu tanpa berbuat apa-apa. Hanya mampu mengasihani
sahaja… dan membiarkan sahaja kegilaan anjing-anjing itu
berleluasa.

“Ya Tuhan kami, janganlah
Engkau hukum kami jika kami
terlupa atau tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau
bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana
Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya
Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa
yang tidak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah
kami;ampuni kami;dan rahmatilah kami. Engkaulah
Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum
kafir.” (Al Baqarah : 284-286)

Kejelitaan itu.....
Adalah anugerah yang patut disyukuri..
Bukan dibanggakan...

Kejelitaan itu....
Apabila tiba waktu
Adalah daun yang luruh
Adalah buah yang jatuh
Adalah bunga yang layu
Adalah rumput yang lesu
Adalah kayu yang reput
Adalah laut yang surut
Adalah air yang keruh
Adalah kain yang lusuh
Adalah senja yang samar
Adalah bulan yang pudar

Demikianlah kejelitaan itu
Mengingatkan diriku dan dirimu
Betapa yang ada hari ini
Tidak kekal abadi

Kerana apabila tiba waktunya
kau..aku dan siapa saja
Akan hilang dan kembali ke asalnya...


Suatu ketika, Muaz bin Jabal r.a. menghadap Rasulullah S.A.W. dan bertanya kepada baginda:

“Wahai Rasulullah S.A.W., tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah S.W.T”

Erti firmanNya;

“Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris”
(Surah al-Naba’)

Mendengar pertanyaan ini, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab;

“Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepadaku perkara yanag amat besar bahawa umatku masing-masing dengan pembawaan diri mereka sendiri.”

Maka Rasulullah menyatakan setiap barisan yang sebanyak 12 barisan.

BARISAN PERTAMA

Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih;

“Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya. Maka demikian balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KEDUA

Diiringi dari kubur dalam berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih;

“Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KETIGA

Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking.

“Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KEEMPAT

Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.

“Mereka adalah orang yag berdusta di dalam jual beli. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KELIMA

Diiringi dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu,Allah S.W.T. menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.

“Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka kerana takut diketahui manusia,tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah S.W.T. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KEENAM

Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.

“Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KETUJUH

Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dari mulut mereka mengalir nanah dan darah.

“Mereka itu adalah orang yang enggan member kesaksian di atas kebenaran. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KELAPAN

Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.

“Mereka adalah orang yang berbuat zina. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KESEMBILAN

Diiringi dari kubur dengan wajah hitam gelap dan bermata biru sementara di dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.

"Mereka adalah orang yang memakan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."

BARISAN KESEPULUH

Diiringi dari kubur dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan sopak dan kusta.

"Mereka adalah orang yang derhaka kepada ibu bapa. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."

BARISAN KESEBELAS

Diiringi dari kubur dalam keadaan buta mata kepala,gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terlanjur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran.

"Mereka adalah orang yang meminum arak. Maka inilah balsannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."

BARISAN KEDUA BELAS

Mereka diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka datang suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan;

"Mereka adalah orang yang banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih.”

semoga kita semua tergolong dalam golongan orang2 yg beriman..



Yakjuj, Makjuj dikurung dalam tembok ajaib Oleh Nasron Sira Rahim DI sebalik pembinaan kota besar hasil kemajuan pembangunan dan kemodenan yang melanda hampir seluruh pelusuk dunia hari ini, masih terdapat satu kawasan rahsia di muka bumi ini yang menyimpan ribuan makhluk misteri. Sehingga kini, penerokaan demi penerokaan di seluruh kawasan bumi masih belum menemui wilayah asing itu sekali gus menyebabkan kewujudan makhluk terbabit tidak akan dikenal pasti pengkaji atau manusia umumnya.
Bagaimanapun, kewujudan makhluk itu adalah sahih dan suatu hari nanti, mereka akan muncul juga di hadapan manusia. Akan tetapi, ketika makhluk itu muncul, sudah terlambat untuk manusia berbuat apa-apa lagi. Tiada lagi kajian mengenai sejarah kewujudan atau penyelidikan sains dilakukan terhadap makhluk itu seperti penemuan artifak atau spesies baru ketika ini kerana sewaktu munculnya makhluk dikenali Yakjuj dan Makjuj itu, dunia sudah terlalu hampir dengan kiamat! Sejak dikurung ribuan tahun lalu, kewujudan dan lokasi ‘pusat tahanan’ Yakjuj dan Makjuj masih menjadi misteri kepada manusia.
Bagaimanapun, kewujudan dua makhluk itu adalah pasti lantaran ia dinyatakan dalam al-Quran serta tergolong dalam perkara ghaib yang wajib diimani manusia menerusi tanda besar berlakunya kiamat. Pensyarah Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (API-UM), Prof Madya Dr Fauzi Deraman, berkata Yakjuj dan Makjuj bukanlah berupa haiwan atau spesies lain sebaliknya ia adalah manusia yang berasal daripada keturunan Nabi Adam AS. Katanya, mengikut hadis, bangsa Yakjuj dan Makjuj berasal daripada keturunan anak lelaki Nabi Nuh AS iaitu Yafis yang berkembang melewati masa sehinggalah Zulkarnain membina tembok bagi menghalang mereka keluar dari lokasi mereka. “Cerita mengenai sejarah Yakjuj dan Makjuj tertera dalam al-Quran menerusi surah al-Kahfi, ayat ke-92 hingga 98 manakala kebangkitan mereka dinyatakan dalam surah an-Anbiyaa’, ayat ke-96 dan 97,” katanya. Allah berfirman menerusi ayat surah al-Kahfi itu: “Kemudian dia (Zulkarnain) menempuh suatu jalan (yang lain lagi). Hingga apabila dia sampai antara dua gunung, dia mendapati di hadapan kedua bukit itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan. “Mereka berkata: ‘Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara mereka?’. “Zulkarnain berkata: ‘Apa yang dikuasakan Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan peralatan), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka. Berilah aku potongan-potongan besi’. “Hingga apabila besi itu sudah sama rata dengan kedua-dua (puncak) gunung itu, berkatalah Zulkarnain: ‘Tiuplah (api itu)’. Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata: ‘Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar aku tuangkan ke atas besi panas itu. “Maka mereka tidak dapat mendakinya dan mereka tidak dapat melubanginya. Zulkarnain berkata: ‘Ini (dinding) adalah rahmat daripada Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku (kiamat), Dia akan menjadikannya hancur luluh dan janji Tuhanku itu adalah benar’.” Dalam ayat surah an-Anbiyaa’ pula, Allah berfirman: “Hingga apabila dibukakan (tembok) Yakjuj dan Makjuj; dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi. Dan sudah dekatlah kedatangan janji yang benar (kaimat) maka tiba-tiba terbelalaklah mata orang kafir. (Mereka berkata): ‘Aduhai, celakalah kami, sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian mengenai ini, bahkan kami adalah orang yang zalim’.”
Dr Fauzi berkata, selain dua surah al-Quran itu, terdapat banyak hadis kuat yang membicarakan mengenai Yakjuj dan Makjuj tetapi terdapat juga perbezaan pendapat di kalangan ulama mengenai ciri-ciri bangsa itu yang tidak diterangkan nas. “Hadis riwayat Imam Ahmad pula menerangkan ciri fizikal Yakjuj dan Makjuj yang antara lain bermuka bulat dan kulit kekuningan seperti wajah kebanyakan penduduk Asia Tengah. “Ulama juga cenderung mengatakan Yakjuj dan Makjuj berasal dan dikurung di benua Asia Tengah berdasarkan tafsiran ayat ke-90 dari surah al-Khafi yang menyebut Zulkarnain sampai ‘di tempat terbit matahari’ iaitu timur dunia,” katanya. Pendapat lain menambah yang Yakjuj dan Makjuj berkemungkinan berasal daripada bangsa Tartar dan Mongul manakala lokasi tahanan mereka adalah kawasan pergunungan luas Caucasus. Beliau berkata, kebanyakan ulama menyatakan yang bangsa itu terus wujud sehingga kini tetapi dipisahkan daripada dunia manusia oleh Allah SWT menerusi tembok dibina Zulkarnain itu. Katanya, tugas bangsa itu setiap hari sejak ribuan tahun lalu adalah mengorek tembok itu untuk tembus ke dunia manusia tetapi Allah masih menghalang mereka dengan kembali meneguhkan benteng berkenaan sehinggalah hampirnya hari kiamat. “Allah akan mengizinkan tembok itu runtuh dan Yakjuj dan Makjuj bebas ke dunia manusia apabila hampirnya kiamat dan peristiwa itu menjadi satu daripada 10 tanda besar kiamat,” katanya. Yakjuj dan Makjuj juga muncul selepas kematian Dajal yang dibunuh Nabi Isa AS dan bangsa itu akan mendatangkan kerosakan besar di muka bumi. Kekuatan mereka dikatakan luar biasa dan terlalu hebat sehingga tiada sesiapa yang mampu menewaskan kumpulan itu. “Nabi Isa AS memerintahkan manusia yang masih beriman berlindung di pergunungan bagi mengelak menjadi mangsa Yakjuj dan Makjuj; baginda kemudian berdoa kepada Allah SWT dan Allah membinasakan mereka dengan mengutuskan ulat yang menyerang belakang badan golongan itu sehingga mati. “Selepas bangsa Yakjuj dan Makjuj mati serta menjadi busuk, Allah mengutuskan seekor burung besar untuk mengangkut dan membersihkan mayat itu dari bumi,” katanya. Menyoroti dalil kewujudan Yakjuj dan Makjuj, manusia seharusnya yakin mempertahankan akidah Islam dan tidak bertangguh memohon keampunan dan keredaan Allah kerana mereka yang masih lalai adalah golongan yang diterangkan dalam surah an-Anbiyaa’ di atas seperti firman-Nya: “(Mereka berkata): ‘Aduhai, celakalah kami, sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian mengenai ini, bahkan kami adalah orang yang zalim’.”
Fakta Yakjuj dan Makjuj Ketika kemunculannya, mereka dikatakan akan menuju ke sebuah tasik di Palestin dan akan minum air tasik itu sehingga kering. Memiliki zuriat yang ramai dan dikatakan tidak akan mati sehingga melahirkan lebih 1,000 zuriat. Tiada siapa mampu menewaskan mereka dan hanya binasa dengan kekuasaan Allah. Muncul selepas turunnya Nabi Isa AS dan Dajal. Dalam sebuah hadis, Rasulullah menyatakan kebimbangannya apabila pada zaman baginda, Yakjuj dan Makjuj dikatakan sudah berjaya menebuk benteng Zulkarnain sebesar bulatan dibentuk ibu jari dan jari telunjuk..
Subhanallah......

Assalamualaikum w.b.t...

Pagi tadi aku ke kota bharu untuk bertemu dengan dua org kawan ku....tempat pertemuan kami di mcd...sampai je kat mcd 2 sandal aku putus....sambil menunggu yang lagi sorang tu sampai aku berbual-bual dengan kawan aku tu...orangnye aku kenal semasa form 2 and then kami berpisah sampai la jumpa balik hari ni...

**************************************************************************************

selesai makan kami singgah di kedai bata untuk membeli sandal baru...hehehe...berkenaan tajuk diatas tu plak ialah....

masa nak balik aku tunggu la bus...tp pelik sebab xde bus pun yang menuju ke wakaf bharu...takkan lah da tukar tempat lain kot...tunggu lah aku disitu seorang diri.. tetiba ada akak datang tegur aku dan tanya "dik, kat sini ke tmpat tunggu bus untuk ke tumpat?" dengan tidak yakin aku pon menjawab "tak tau la kak"..da sejam tunggu baru la bus tersebut sampai..bus yang bernombor 19.

aku pun naik la bus tersebut...dan ada seorang brother tu plak tanya "dik,bus ni pegi pengkalan kubur x?" dengan selamba aku menjawab "maaf bang,saya tak tau"..aku tengok orang di sekeliling ku tersenyum..mesti diaorang tengah fikir 'budak ni naik bus tau ke bus ni pegi mana'...lagi satu,skarang ni da ada tiket bus..da tak payah nak beratur panjang-panjng ntuk bayar tiket bus...dalam fikiranku...."semua da berubah..rasanya aku selalu je balik kelantan..takkan la berubah sampai macam tu sekali"

dekat pusat bandar semuanye sudah berubah..kalau la aku pegi seorang diri mesti sesat..huhuhu....pelik sangat...sesat di negeri sendiri nampak gayanya..

KEPANTASAN DAJJAL, KENDARAAN DAJJAL DI DARAT,DILAUT DAN DI UDARA

Tatkala Nabi s.a.w. ditanya, bagaimanakah kecepatan perjalanan Dajjal, beliau menjawab: “Kecepatan Dajjal adalah seperti awan ditiup angin”. Pada waktu Nabi s.a.w. mengucapkan kata-kata ini, nampaknya seperti dongeng sahaja, atau ucapan yang berlebih lebihan. Akan tetapi pada masa kini telah terbukti kelajuan kapal terbang telah melebihi kecepatan angin.

Selanjutnya Nabi s.a.w. bersabda: “Bumi akan digulung untuknya”. Ini bererti Dajjal akan bergerak begitu cepat seolah-olah bumi yang luas ini kelihatan kecil sahaja. Pergerakan Dajjal melalui udara dikatakan sebagai berikut: “Ia akan menggenggam awan di tangan kanannya”. Ertinya ia akan terbang meloncat-loncat di antara bumi dan langit”. Semua ini mengisyaratkan perjalanan Dajjal melalui udara. Lebih lanjut lagi diterangkan bahawa Dajjal akan bergerak begitu cepat hingga ia:

”Mendahului matahari di tempat terbenamnya”

Pada dewasa ini kapal Bombay atau dari Lahore ke Karachi, hanya memakan waktu beberapa jam sahaja. Siapa tahu manusia akan terbang lebih cepat lagi daripada keadaan sekarang pada masa akan datang. Selanjutnya diterangkan bahawa ”lautan hanya sedalam mata-kaki Dajjal”. Keadaan ini benar-benar terjadi dengan gerakan kapal selam di bawah permukaan laut.

Kenderaan Dajjal disebut keldai, kerana keldai digunakan untuk mengangkut manusia ke sana sini, begitu juga ia digunakan untuk mengangkut muatan bagi manusia. Akan tetapi, keldai Dajjal bukanlah keldai sebenar, kerana keldai ini digambarkan mempunyai telinga yang jaraknya tujuh puluh yard dan warnanya putih mengilat. Gambaran ini sebnarnya untuk menggambarkan kereta-api.

Adapun hadis yang menerangkan satu langkah Dajjal akan mencapai jarak perjalanan sehari semalam, ini bererti bahawa jarak yang ditempuh sehari semalam itu, hanyalah satu langkah sahaja bagi Dajjal. Hendaklah diingat bahawa gambaran tentang kemampuan Dajjal menundukkan alam tidaklah sekali-kali dimaksudkan untuk mengutuk perbuatan Dajjal, tetapi untuk menunujukkan bahawa Dajjal mempunyai tanggapan sebagai orang yang paling berkuasa, dan begitu juga kedudukannya sebagai hamba Allah yang hina. Jadi yang dikutuk ialah pengakuan Dajjal bahawa ia mempunyai kekuasaan ketuhanan.

DAJJAL MENGELUARKAN KEKAYAAN BUMI

Dalam hadis ada menerangkan bahawa kekayaan bumi akan mengikuti Dajjal. Ini mengisyaratkan penemuan orang-orang Eropah akan kekayaan bumi yang terpendam. Di mana ada kekayaan bumi yang terpendam, baik yang berupa emas, perak, besi, batubara, minyak dan bahan-bahan mineral, pasti diketemukan orang-orang Eropah.

Semua kekayaan itu, baik di Barat mahupun di Timur, diusahakan oleh orang-orang Eropah. Seteleh dikeluarkan daripada perut bumi, bahan-bahan itu dibuat barang-barang oleh bangsa Eropah yang digunakan untuk menjajah bangsa-bangsa lain di dunia. Selain itu, mereka mengusahakan daerah padang pasir yang tandus dijadikan daerah yang subur dengan memberinya saluran air.

Pendek kata, semua kekayaan bumi yang berupa mineral mahupun hasil tanaman, dikuasai oleh bangsa-bangsa eropah. Semua kekayaan mengikuti Dajjal, dan keuntungan bangsa-bangsa Eropah semakin bertambah, sedangkan bangsa-bangsa lain hanya dijadikan buruh mereka untuk menghasilkan bahan-bahan mentah yang digunakan untuk kepentingan industri mereka.

Sejumlah besar emas, minyak dan kekayaan dunia baik di India, di Afrika, Arab Saudi, Iraq dan negara-negara timur yang lain, semuanya dikeluarkan habis untuk kegunaan di Eropah dan Amerika. Alangkah hebatnya ru’yah nabi Muhammad tiga belas abad yang lampau tentang yang kita alami sekarang ini. Alangkah baiknya jikalau ru’yah itu diberitahukan oleh orang-orang yang disesatkan oleh kekayaan, kemewahan dan keuasaan bangsa-bangsa Eropah, hingga bertekuk lutut di hadaan mereka. Sepatutnya mereka sentiasa memerhatikan ketajaman penglihatan rohani Nabi s.a.w. yang beberapa ratus tahun sebelumnya, di mana Nabi s.a.w. dapat melihat gambaran dunia sekarang ini dengan terperinci sehingga beliau mampu memberi gambaran yang jelas kepada bangsa Arab ketika itu.

KAWAN-KAWAN DAJJAL HIDUP SENANG DAN MUSUH-MUSUH DAJJAL HIDUP SENGSARA

Sudah terang bahawa memeluk agama Dajjal adalah cara yang sebaik-baiknya untuk menghormati dan bersahabat dengan Dajjal. Hadis yang menerangkan bahawa pengikut-pengikut Dajjal akan senang hidupnya, ini berlaku pula bagi orang-orang yang bersumpah setia kepadanya. Ambillah misalnya keadaan di India. Orang-orang yang sebelum masuk golongan Kristian termasuk golongan rakyat yang hidup sengsara, kini mereka menjadi orang-orang kaya dan berkedudukan tinggi.

Kekayaan yang diambil dari segala penjuru dunia dan ditumpukan di Eropah dan Amerika; jika ia diambil sedikit untuk negara-negara lain di dunia; maka pertama-tama, bahagian itu diberikan kepada negara-negara timur yang memeluk agama Dajjal dengan memberikan kepada mereka gaji-gaji yang lumayan. Maka benarlah gambaran hadis tentang hal ini.

”Ia (Dajjal) akan membawa gunung-roti, semua orang menderita kesukaran, keauali orang-orang yang mengikutnya”.

Maka benarlah bahawa jaminan yang terbaik bagi keamanan ekonomi sekarang

ini ialah memeluk agam Kristian. Orang-orang yang tidak mahu mengambil jalan ini dan tidak mahu hidup bergantung dengan mereka, pasti akan mengalami kehidupan yang sukar dan sengasara. Betapa benarnya gambaran yang diberikan oleh Nabi s.a.w.:

”Barangsiapa mengikuti Dajjaal, ia akan diberi makan, akan tetapi ia dijadikan kafir”

Sstelah orang-orang yang sepenuhnya menganut agama Dajjal, ada pula orang yang bermain-mata dan bermuka-muka dengan Dajjal, hanya kerana mengejar kebendaan semata-mata. Inilah golongan yang dituju oleh hadis berikut yang bermaksud:

”Kami bersahabat dengan Dajjal, sekalipun kami tahu bahawa ia kafir. Kami bersahabat dengan Dajjal agar kami dapat makan dari Persediannya”

Inilah hamba-hamba perut yang menari-nari mengikut irama Dajjal. Mereka mengerjakan hal-hal yang bertentangan dengan agama, bangsa dan negara, hanya kerana sesuap nasi. Tujuan Dajjal memberti makan orang-orang ini ialah agar mereka menjadi orang yang tidak beragama, sekalipun Dajjal tidak berhasil memasukkan mereka dalam agamanya; setidak-tidaknya Dajjal berhasil menjadikan mereka acuh tidak acuh terhadap agama merea sendiri. Sebenarnya sistem pendidikan yang diberikan kepada anak-anak kita, itu hanya bertujuan untuk memisahkan kita daripada agama dan Allah. Dan apakah yang dijadikan daya penarik pendidikan ini? Tiada lain hanyalah diberinya mereka hak untuk mendapatkan pekerjaan, jadi berbalik semula kepada persoalan perut dan roti.

DAJJAL DAN ANAK-ANAK YANG TIDAK SAH

Hubungan bebas yang tidak sah melebihi batas antara lelaki dan wanita, menyebabkan kerosakan, dan menyebabkan bertambahnya anak-anak yang tidak sah (anak-anak zina), dan ini adalah ciri-ciri khas kota-kota besar di Eropah dan Amerika. Dalam ru’yah Nabi s.a.w. melihat hubungan seks yang tidak sah yang berpaksikan materialisme:

”Awas! Sebahagian besar kawan dan pengikut Dajjal adalah kaum Yahudi dan anak-anak yang tidak sah”

Sejumlah besar anak-anak zina ini dilindungi oleh undang-undang yang mengesahkan anak itu. Misalnya, seorang wanita mengandung kerana hubungan yang tidak sah, akan tetapi sebelum bayi lahir, mereka melangsungkan pernikahan, maka bayi itu dianggap sah. Sehinggakan apabila lelaki dan wanita yang berbuat sumbang melangsungkan perkahwinan pada bila-bila masa pun, maka anak-anak yang dilahurkan sebelum perkahwinan, semuanya dianggap sah.

Dengan sebab itulah di kota-kota Eropah dan Amerika, masih terdapat banyak anak-anak yang tidak sah, bahkan anak-anak yang lahir dalam keadaan perang, diberi jolokkan sebagai ”anak pahlawan”. Jika orang mahu memerhatikan betapa bermaharajalelanya pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan di Eropah dan Amerika, maka kita dapt meramalkan bahawa tidak lama lagi penduduk daerah ini akan berpaling dari jalan benar dan kembali kepada kehidupan biadap bagaikan binatang.

KAUM LELAKI MENYERUPAI WANITA, KAUM WANITA MENYERUPAI LELAKI

Tanda-tanda Dajjal yang lain dihuraikan dalam hadis ialah bahawa wanita akan menyerupai seperti lelaki, dan lelaki akan menyerupai seperit wanita. Seperempat abad yang lalu, hal ini masih sukar difahami. Akan tetapi pada masa ini, ramalan tersebut telah menjadi kenyataan, iaitu wanita memakai cara-cara kaum lelaki, misalnya memotong rambut, memakai celana dan sebagainya, sedangkan kamu lelaki memakai cara-cara kaum wanita, misalnya berambut panjang, memakai bedak, kalung, gelang dan sebagainya. Perubahan dalam hal kelakuan dan kebiasaan ini begitu jauh, hingga kadang-kadang sukar dibezakan antara wanita dan lelaki. Sabda Nabi s.a.w. yang maksudnya:

”Wanita akan nampak sepeti lelaki, dan lelaki akan nampak seperti wanita, dan ianya benar-benar terjadi”

PENYEMBUHAN AJAIB

Disamping meramalkan keburukan, Nabi s.a.w. mermalkan juga kebaikan Dajjal. Di dalam Al-Quran terdapat banyak ayat yang menerangkan bahawa bangsa Dajjal memperolehi kemajuan besar dalam bidang perusahaan dan bidang industri, dan membuat muka bumi nampak indah dan di sudut yang lain pula, ada sebuah hadis yang menerangkan bahawa bangsa Dajjal akan menyembuhkan penyakit secara ajaib:

”Ia (Dajjal) akan menyembhkan orang buta, orang sakit lepra dan menghidupkan orang mati”

Disini yang dimaksudkan dengan ”menghidupkan orang mati” ialah menyembuhkan penyakit yang idak dapat disembuhkan, seakan-akan Dajjal dapat menghidupkan orang mati. Maka benarlah bahawa dalam bidang perubatan, bangsa Dajjal memperlihatkan keluarbiasaannya, dan ini adalah hasil yang patut dipuji. Akan tetapi, menurut hadis, hal ini adalah salah satu finah Dajjal, seperti halnya kecepatan dan kendaraan Dajjal, di darat, di laut dan udara. Kerana dengan kemajuan yang luar biasa ini, bangsa Dajjal merasakan bahawa mereka lebih unggul daripada bangsa-bangsa yang lain di dunia; pengakuan mereka memilik kekuatan yang luar biasa ini, hampir tiada bezanya dengan pengakuan sebagai tuhan. Selain itu, kemajun-kemajuan mereka di dalam aspek kebendaan, menyesatkan manusia dari segi kehidupan rohani.

USLUB NABI UNTUK MENGALAHKAN DAJJAL DENGAN DALIL

Jika hadis ini kita baca dengan teliti, pasti akan bertambah jelas dengan apa yang dimaksudkan dengan membunuh Dajjal, hadis tersebut berbunyi:

”Apabila ia (Dajjal) muncul, dan aku ada di tengah-tangah kamu, maka aku akan mengalahkannya dengan dalil, dan jika ia muncul setelah aku tiada, maka setiap orang menjadi penolong bagi dirinya sendiri”

Hadis tersebut menjelaskan seterang-terangnya kepada kita bahawa apabila Dajjal muncul di zaman Nabi s.a.w., beliau akan mengalahkanya dengan dalil. Ini menunjukkan bahawa membunuh Dajjal adalah membanteras kejahatan Dajjal; oleh kerana Dajjal menyesatkan manusia dengan tipu muslihatnya yang halus dan dengan menimbulkan keragu-raguan dalam hati manusia, maka kejahatan Dajjal hanya dapat dibanteras dengan dalil. Maka dari itu, Nabi s.a.w. bersabda bahawa beliau akan mengalahkan Dajjal dengan dalil.

Denikian juga terbunuhnya Dajjal oleh al-Masih, perkara ini perlu ditafsirkan bahawa dikalahkan Dajjal oleh al-Masih adalah dengan dalil juga. Dengan kata lain, al-Masih juga akan mengalahkan Dajjal dengan dalil atau menyelamatkan manusia dari fitnah Dajjal dengan jalan dakwah.

Jadi yang dimaksudkan dengan membunuh Dajjal oleh Masih Mau’ud ialah, bahawa propaganda dan pengaruh Dajjal akan ditolak, dan manusia akan diselamatkan dari fitnahnya.

BISIKAN JAHAT DAJJAL

Dari keterangan di atas, jelaslah kepada kita bahawa Dajjal tidak akan menyesatkan manusia dengan cara paksa, melainkan dengan memujuk mereka agar mereka terpikat oleh tipu daya dunia dan kesenangan yang melimpah ruah, demikian juga dengan mempengaruhi manusia melalui hasil kekayaan alam dan ilmu pengetahuan yang luar biasa. Akan tetapi dalam hadis, Nabi s.a.w. menjelaskan perkara ini dengan maksudnya:

”Barangsiapa mendengar perihal Dajjal, hendaklah menjauhkan diri daripadanya. Demi Allah, manusia akan datang kepadanya dan akan menyangka bahawa ia adalah mukmin, namun ia mengikuti dia (Dajjal) kerana keragu-raguan yang ditimbulkan oleh dia (Dajjal) dalam hatinya”

Jika manusia menyelidiki persoalan ini, maka jelaslah bahawa tipu muslihat yang digunakan oleh bangsa-bangsa Barat tiada tandingannya dalam sejarah dunia. Dengan cara-cara yang halus, mereka meniupkan bisikan jahat ke dalam batin manusia, sehingga fikiran menjadi ragu-ragu kerananya.

Ambillah contoh dalam masalah pendidikan. Pendidikan adalah satu proses yang dapat menjadikan jiwa manusia sama ada lurus atau tidak. Akan tetapi bangsa-bangsa barat merancang bentuk pendidikannya dengan begitu halus, sehinggakan mereka dapat membuatkan jiwa pelajar tidak mentaati agama dan kebudayaan mereka sendiri, sekalipun alasan yang digunakan untuk tujuan itu bertentangan dengan agama Nasrani.

Mereka (bangsa barat), dapat membawa proses ini dengan sebegitu rupa, sehingga kepercayaan akan adanya Allah, merka usaha sedaya upaya supaya timbul keragu-raguan dalam diri para pelajar tentang adanya Allah. Mereka sendiri percaya akan adanya wahyu, Nabi, Hari Qiamat, namun mereka berusaha sekeras-kerasnya agar jiwa para pelajar tidak percaya kepada itu semua.

Kesimpulan yang dapat dibuat daripada penerangan di atas adalah bahawasanya Dajjal menyesatkan manusia dari jalan kebenaran dengan bisikan jahat dan bukannya dengan cara paksa, dan inilah ciri khas bangsa-bangsa eropah sekarang ini.

Mengapa sukar untuk memberi maaf apabila hati sudah terguris? Mengapa tidak mahu melupakan disakiti? Mengapa tidak tenang dan sering berdendam apabila dihina dan diumpat? Andainya kita tidak mampu memaafkan kesalahan orang lain bererti kita belum mempunyai hati yang benar-benar bersih, kita belum menjadi seorang yang rendah hati dam pemaaf. Lunakkan hati dengan renungan ini:

Bila sukar memaafkan kesalahan orang lain bermakna kita ada sifat ego dan sombong yang dimurkai oleh Allah. Siapakah kita yang mahu merasakan diri sebagai 'tuan' dan mahu orang lain sentiasa berbuat baik terhadap kita. Bila ada orang membuat kesilapan, siapakah kita untuk marah, berdendam dan berharap dia akan menerima balasan dari perbuatannya.

Setiap orang ada kelemahan dan kekurangan, termasuk diri kita. Kalau hari ini orang bersalah dengan kita, tidak mustahil suatu hari nanti kita pula tersalah dengan orang. Apakah kita jamin yang kita tidak akan membuat salah dan silap? Kalau kita mahu memaafkan kesalahan kita, pasti orang lain pula mengharapkan kemaafan dari kita.

Ingatlah bahawa semua yang terjadi ini hakikatnya adalah dari ALLAH jua. Segala kelemahan dan kesalahan manusia terhadap kita adalah ujian dari ALLAH. Dia mahu melihat apakah kita dapat menerimanya dengan sebaik-baiknya. Bila kita tetap marah dan tidak mahu memaafkan kesalahan orang lain pada kita ertinya kita marah pada ALLAH. Kita berkata "ALLAH, tidak patut Kau buat aku begini."

Bila orang bersalah dengan kita selidiklah apakah dosa yang kita lakukan sehingga ALLAH takdirkan begitu terhadap kita. Bila sedar akan kesilapan dan dosa kita sama ada terhadap manusia atau kecuian kita pada ALLAH, nanti akan datang rasa 'memang patut dihukum' dan orang yang melakukan kesilapan terhadap kita hanyalah sebagai perantaraan sahaja.

Bila sedar bahawa segala kejahatan manusia terhadap kita merupakan hukum dari ALLAH, seharusnya kita bersyukur kerana dihukum di dunia. Itu juga tanda ALLAH memberi perhatian kepada kita dan mahu mengampunkan dosa-dosa kita di dunia agar terlepas hukuman yang lebih dahsyat di akhirat. Sepatutnya ini menggembirakan kita sehingga mampu untuk kita memaafkan orang yang bersalah.

Seandainya kita tidak mahu memaafkan kesilapan orang, kita tidak untung apa-apa. Apalagi kalau berdendam atau bertindakbalas dan berkasar terhadapnya; maka kita juga akan terjerumus dalam dosa dan mendapat kebencian dari ALLAH S.W.T.

Memberi kemaafan adalah sukar sekiranya kita belum ada sifat kehambaan, yang melihat segala yang berlaku adalah di bawah pentadbiran ALLAH Yang Maha Mengetahui. Kita akan takut untuk marah dan berdendam dengan manusia hanya dengan ujian yang menimpa, kerana bimbang kalau-kalau ujian itu merupakan petanda ALLAH sedang murka terhadap dosa-dosa kita.

RASULLAH S.A.W BERSABDA:

"SEBAIK-BAIK MANUSIA ADALAH ORANG YANG LAMBAT MARAHNYA DAN SEGERA PULA REDA APABILA SUDAH MARAH DAN SEJAHAT-JAHAT MANUSIA ADALAH ORANG YANG LEKAS MARAHNYA DAN LAMBAT PULA REDA MARAHNYA ITU."

Inilah dia rahsia solat, sebagai peringatan bagi mereka yang sudah mengetahui atau panduan bagi mereka yang baru mengetahui……………



Niat sembahyang
Sebenarnya memelihara taubat kita dari dunia dan akhirat.

Berdiri betul
Fadhilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur

Takbir-ratul ihram
Fadhilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur

Fatihah
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur

Rukuk
Sebagai tikar kita di dalam kubur

I’tidal
Akan member minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur

Sujud
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM

Duduk antara dua sujud
Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur

Duduk antara dua sujud (akhir)
Menjadi kenderaan ketika kita di padang mahsyar

Tahhiyat akhir
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh mungkar & nankir di dalam kubur

Selawat nabi
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur

Salam
Memelihara kita di dalam kubur

Tertib
Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T

insyALLAh dengan mengetahui rahsia2 ini solat kita akan bertambah baik dan harapnya akan mendapat keberkatan dari Allah S.W.T....


Cinta vs. Suka
www.iLuvislam.com
oleh: nuQman



Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku.
Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata.
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja.


Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu.
Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta.
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis.
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira.

Perasaan cinta bermula dari kata.
Perasaan suka bermula dari telinga.


Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka. Umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika kita cuba menutup mata. Cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang akan mengalami ini dalam hidup mereka.

Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cinta.




http://www.melur.com/images/art/stjohn.jpgMigrain ialah satu keadaan di mana sakit kepala terjadi disebabkan oleh aliran darah dan perubahan kimia diotak. Perubahan ini akan menyebabkan arteri yang membekalkan darah ke otak tersekat dan menimbulkan sakit kepala diikuti oleh rasa tidak selesa pada perut, loya dan pening.Ia juga kadangkala menimbulkan kesan pada pandangan dan menimbulkan satu fenomena pada pemandangan yang dipanggil aura.Ia adalah satu keadaan neurologikal yang biasa dialami oleh penduduk negara maju dan membangun. Ia biasa menyerang pada peringkat usia selepas baligh.Migrain ialah sejenis penyakit keturunan dan mempunyai kecenderungan untuk berulang.Wanita mempunyai kecenderungan mengidap migrain yang lebih tinggi berbanding lelaki(75%), kebiasaan sebelum haid dan selepas menopaus.http://www.melur.com/images/art/rosemary.jpg

Adakah anda pengidap migrain? Jika anda mempunyai dua dari simptom-simptom dibawah , bermakna anda juga tergolong dalam golongan domina yang mengidap migrain.Biasakah anda mengalami gejala gangguan saraf seperti gangguan pada pandangan seperti titik buta dan melihat motif seperti zig zag sebelum mengalami sakit kepala?Atau anda seperti melihat sinar cahaya yang amat terang hingga terasa seperti hampir buta dan sesekali melihat objek di hadapan anda mempunyai aura disekelingnya? selalunya gejala ini akan berlaku selama 15 hingga 20 minit dan diikuti oleh sakit kepala yang teruk. Adakah anda biasa mengalami sakit kepala yang teruk dan berdenyut-denyut disebelah atau satu bahagian kepala sahaja? Atau anda biasa mengalami diikuti oleh muntah atau cirit-birit? Biasakah anda merasa amat sensitif dan takut pada cahaya yang terang(fotofobia), merasa amat sensitif pada bunyi(fonofobia) dan merasa amat sensitif pada bau (osmofobia)? Jika anda memang mengalami dua dari gejala diatas bermakna anda berkemungkinan mengalami migrain. Walaubagaimanapun anda perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan atau kesimpulan.

Walaupun begitu sukar untuk menemui penawar yang benar-benar boleh mengubati migrain , keadaan masih boleh dikawal. ubat-ubat dan penawar migrain selalunya membantu pesakit untuk mengurangkan kesakitan dan gejala yang dialami ketika diserang migrain.Artikel ini akan menjurus pada penggunaan herba untuk menangani masalah migrain.http://www.melur.com/images/art/lemuni.jpg

Antara herba yang biasa digunakan untuk merawat migrain atau sakit kepala ialah pokok sembung (blumea balsamifera) dari famili compositae. bahagian yang digunakan ialah daun dan bahagian atas bunganya.Sejenis bunga yang dipanggil feverfew atau nama saintifiknya chrysanthemum parthenium dari famili compositae juga sesuai dijadikan teh dan di minum dua kali sehari.Selain itu pokok lemuni atau nama saintifiknya vitex trifolia var negundo dari famili verbenaceae boleh digunakan dengan cara merebus enam sudu besar daunya yang telah dipotong halus dan juga bunganya dengan 2 gelas air selama 15 minit. Air ini disejukkan dan ditapis untuk diminum setengah daripadanya dalam selang masa antara 3 hingga empat jam.

Rosemary atau nama saintifiknya rosmarinus offiicinalis dari famili labiatae boleh dijadikan teh dengan cara merebus daunnya yang telah dikeringkan dan biarkan terendam selama 10 minit sebelum diminum. teh ini tidah boleh diminum oleh pengidap epilepsi dan wanita hamil.St john's wort atau nama saintifiknya Artemisia vulgaris, juga dikenali dengan nama damong maria di filipina,

Antara cara lain untuk mengurangkan sakit ialah

1. Baca Al-Fatihah (1 x)

2. Baca Surah Al-Ikhlas (3 x)

3. Baca Surah Yassin ayat ke 58 "Sala mun Qaulan Minrabbirrahim" (3 x)

4. Baca Selawat Nabi (3 x)

Bagi anda yang sering terserang sakita kepala migrain, maka ada beberapa makanan yang harus dijauhi karana ia boleh mendatangkan migrain.

Makanan / Minuman Boleh Hindari Minuman Kopi tanpa kafein, jus buah segar (fresh juice), club soda, minuman cola tanpa kafein seperti ginger ale. Batasi konsumsi minuman sumber kafein *) di bawah ini maksimum 8 ons perhari :
Kopi, teh, minuman soda jenis cola, susu coklat, coklat
Hindari minuman beralkohol jenis ale, bir, Chianti, cherry, burgundy, vermouth
*) Kafein dapat mencetus gejala-gejala sakit kepala dan hipertensi Daging, Ikan, Unggas Semua bentuk segar dari daging, ikan, unggas dan telur Daging yang diawetkan, dikalengkan, atau daging olahan, ham yang dikalengkan atau diawetkan, acar ikan herring, ikan asin, hati ayam olahan, sosis, daging pepperoni, segala bentuk daging yang diolah dengan bahan pelunak daging, kecap atau ekstrak ragi. Susu dan olahannya Susu : susu homogenized, susu skim
Keju : keju amerika, keju cottage, gouda, farmer, ricotta, keju krim, velveeta, yogurt
Batasi krim asam maksimal ½ cangkir Keju : segala jenis keju matang seperti keju biru, Boursault, keju jenis Brie, keju Camembert, cheddar, Roquefort, Stilton, mozzarella, parmesan, provolone, Romano, Emmentaler Roti/Sereal/Sumber karbohidrat Roti tawar, roti manis.
Segala bentuk cereal, kentang, ubi, nasi, pasta Segala bentuk roti dan cracker yang mengandung keju atau coklat Sayur-sayuran Semua jenis sayuran kecuali yang masuk kategori 'hindari'. Kacang-kacangan, kacang kedelai, lentil, dan sauerkraut Buah-buahan Semua jenis buah-buahan kecuali yang masuk kategori 'hindari' atau 'batasi'. Batasi maksimal ½ cangkir perhari : alpukat, pisang, citrus, buah ara, kismis, pepaya, markisa, plum merah, raspberry Sup Sup krim yang dibuat dari bahan-bahan yang dibolehkan, sup dengan kaldu alami Sup kalengan, sup instan, sup dengan kandungan ragi atau MSG Makanan Penutup Buah-buahan, es buah atau shorbet, es krim, kue bolu, kue kering, agar-agar jelly Gunakan dengan perhatian : semua produk yang mengandung coklat Permen, Pemanis Gula, jelly, selai, madu, sirup Permen coklat, sirup coklat, selai coklat, sirup gula atau molase, permen ekstrak licorice Lain-lain Garam dalam jumlah normal Kecap, MSG, ragi, ekstrak ragi, ragi untuk bir, pelunak daging, garam gurih/berbumbu.
Baca label dengan hati-hati.
Makanan beku, pizza dengan keju. Kacang dan biji-bijian seperti : kacang tanah, selai kacang, kwaci, wijen. Makanan ringan dan makanan instan yang mengandung bahan-bahan jenis 'hindari'. Segala jenis makanan yang diacar, diawetkan, atau dikeringkan.

About this blog

" Jika dia jodohku, KAU permudahkanlah.. dan jika bukan, KAU jauhkanlah dia dariku.. Dan jika perasaan ini.. menyayanginya keranaMU, KAU bantulah kami.. dan jika ianya kerana nafsu semata.. Kau jauhkanlah ia dari kami.."

Renungan

"Barangsiapa yang dikehendaki Allah (kesesatan) nescaya disesatkan-Nya. Dan, barangsiapa yang dikehendaki Allah (untuk diberi-Nya pertunjuk) nescaya Dia menjadikan-Nya berada dijalan yang lurus."
(QS Al-An'am:39)

Tentang Beliau

Tentang Beliau

Counting days

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Click

Date

Masa itu Emas

comments

visit-visit


My Follower

Search This Blog