kAsiH WiDuri

cerita hati kita

http://www.melur.com/images/art/stjohn.jpgMigrain ialah satu keadaan di mana sakit kepala terjadi disebabkan oleh aliran darah dan perubahan kimia diotak. Perubahan ini akan menyebabkan arteri yang membekalkan darah ke otak tersekat dan menimbulkan sakit kepala diikuti oleh rasa tidak selesa pada perut, loya dan pening.Ia juga kadangkala menimbulkan kesan pada pandangan dan menimbulkan satu fenomena pada pemandangan yang dipanggil aura.Ia adalah satu keadaan neurologikal yang biasa dialami oleh penduduk negara maju dan membangun. Ia biasa menyerang pada peringkat usia selepas baligh.Migrain ialah sejenis penyakit keturunan dan mempunyai kecenderungan untuk berulang.Wanita mempunyai kecenderungan mengidap migrain yang lebih tinggi berbanding lelaki(75%), kebiasaan sebelum haid dan selepas menopaus.http://www.melur.com/images/art/rosemary.jpg

Adakah anda pengidap migrain? Jika anda mempunyai dua dari simptom-simptom dibawah , bermakna anda juga tergolong dalam golongan domina yang mengidap migrain.Biasakah anda mengalami gejala gangguan saraf seperti gangguan pada pandangan seperti titik buta dan melihat motif seperti zig zag sebelum mengalami sakit kepala?Atau anda seperti melihat sinar cahaya yang amat terang hingga terasa seperti hampir buta dan sesekali melihat objek di hadapan anda mempunyai aura disekelingnya? selalunya gejala ini akan berlaku selama 15 hingga 20 minit dan diikuti oleh sakit kepala yang teruk. Adakah anda biasa mengalami sakit kepala yang teruk dan berdenyut-denyut disebelah atau satu bahagian kepala sahaja? Atau anda biasa mengalami diikuti oleh muntah atau cirit-birit? Biasakah anda merasa amat sensitif dan takut pada cahaya yang terang(fotofobia), merasa amat sensitif pada bunyi(fonofobia) dan merasa amat sensitif pada bau (osmofobia)? Jika anda memang mengalami dua dari gejala diatas bermakna anda berkemungkinan mengalami migrain. Walaubagaimanapun anda perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan atau kesimpulan.

Walaupun begitu sukar untuk menemui penawar yang benar-benar boleh mengubati migrain , keadaan masih boleh dikawal. ubat-ubat dan penawar migrain selalunya membantu pesakit untuk mengurangkan kesakitan dan gejala yang dialami ketika diserang migrain.Artikel ini akan menjurus pada penggunaan herba untuk menangani masalah migrain.http://www.melur.com/images/art/lemuni.jpg

Antara herba yang biasa digunakan untuk merawat migrain atau sakit kepala ialah pokok sembung (blumea balsamifera) dari famili compositae. bahagian yang digunakan ialah daun dan bahagian atas bunganya.Sejenis bunga yang dipanggil feverfew atau nama saintifiknya chrysanthemum parthenium dari famili compositae juga sesuai dijadikan teh dan di minum dua kali sehari.Selain itu pokok lemuni atau nama saintifiknya vitex trifolia var negundo dari famili verbenaceae boleh digunakan dengan cara merebus enam sudu besar daunya yang telah dipotong halus dan juga bunganya dengan 2 gelas air selama 15 minit. Air ini disejukkan dan ditapis untuk diminum setengah daripadanya dalam selang masa antara 3 hingga empat jam.

Rosemary atau nama saintifiknya rosmarinus offiicinalis dari famili labiatae boleh dijadikan teh dengan cara merebus daunnya yang telah dikeringkan dan biarkan terendam selama 10 minit sebelum diminum. teh ini tidah boleh diminum oleh pengidap epilepsi dan wanita hamil.St john's wort atau nama saintifiknya Artemisia vulgaris, juga dikenali dengan nama damong maria di filipina,

Antara cara lain untuk mengurangkan sakit ialah

1. Baca Al-Fatihah (1 x)

2. Baca Surah Al-Ikhlas (3 x)

3. Baca Surah Yassin ayat ke 58 "Sala mun Qaulan Minrabbirrahim" (3 x)

4. Baca Selawat Nabi (3 x)

Bagi anda yang sering terserang sakita kepala migrain, maka ada beberapa makanan yang harus dijauhi karana ia boleh mendatangkan migrain.

Makanan / Minuman Boleh Hindari Minuman Kopi tanpa kafein, jus buah segar (fresh juice), club soda, minuman cola tanpa kafein seperti ginger ale. Batasi konsumsi minuman sumber kafein *) di bawah ini maksimum 8 ons perhari :
Kopi, teh, minuman soda jenis cola, susu coklat, coklat
Hindari minuman beralkohol jenis ale, bir, Chianti, cherry, burgundy, vermouth
*) Kafein dapat mencetus gejala-gejala sakit kepala dan hipertensi Daging, Ikan, Unggas Semua bentuk segar dari daging, ikan, unggas dan telur Daging yang diawetkan, dikalengkan, atau daging olahan, ham yang dikalengkan atau diawetkan, acar ikan herring, ikan asin, hati ayam olahan, sosis, daging pepperoni, segala bentuk daging yang diolah dengan bahan pelunak daging, kecap atau ekstrak ragi. Susu dan olahannya Susu : susu homogenized, susu skim
Keju : keju amerika, keju cottage, gouda, farmer, ricotta, keju krim, velveeta, yogurt
Batasi krim asam maksimal ½ cangkir Keju : segala jenis keju matang seperti keju biru, Boursault, keju jenis Brie, keju Camembert, cheddar, Roquefort, Stilton, mozzarella, parmesan, provolone, Romano, Emmentaler Roti/Sereal/Sumber karbohidrat Roti tawar, roti manis.
Segala bentuk cereal, kentang, ubi, nasi, pasta Segala bentuk roti dan cracker yang mengandung keju atau coklat Sayur-sayuran Semua jenis sayuran kecuali yang masuk kategori 'hindari'. Kacang-kacangan, kacang kedelai, lentil, dan sauerkraut Buah-buahan Semua jenis buah-buahan kecuali yang masuk kategori 'hindari' atau 'batasi'. Batasi maksimal ½ cangkir perhari : alpukat, pisang, citrus, buah ara, kismis, pepaya, markisa, plum merah, raspberry Sup Sup krim yang dibuat dari bahan-bahan yang dibolehkan, sup dengan kaldu alami Sup kalengan, sup instan, sup dengan kandungan ragi atau MSG Makanan Penutup Buah-buahan, es buah atau shorbet, es krim, kue bolu, kue kering, agar-agar jelly Gunakan dengan perhatian : semua produk yang mengandung coklat Permen, Pemanis Gula, jelly, selai, madu, sirup Permen coklat, sirup coklat, selai coklat, sirup gula atau molase, permen ekstrak licorice Lain-lain Garam dalam jumlah normal Kecap, MSG, ragi, ekstrak ragi, ragi untuk bir, pelunak daging, garam gurih/berbumbu.
Baca label dengan hati-hati.
Makanan beku, pizza dengan keju. Kacang dan biji-bijian seperti : kacang tanah, selai kacang, kwaci, wijen. Makanan ringan dan makanan instan yang mengandung bahan-bahan jenis 'hindari'. Segala jenis makanan yang diacar, diawetkan, atau dikeringkan.

0 comments:

Post a Comment

About this blog

" Jika dia jodohku, KAU permudahkanlah.. dan jika bukan, KAU jauhkanlah dia dariku.. Dan jika perasaan ini.. menyayanginya keranaMU, KAU bantulah kami.. dan jika ianya kerana nafsu semata.. Kau jauhkanlah ia dari kami.."

Renungan

"Barangsiapa yang dikehendaki Allah (kesesatan) nescaya disesatkan-Nya. Dan, barangsiapa yang dikehendaki Allah (untuk diberi-Nya pertunjuk) nescaya Dia menjadikan-Nya berada dijalan yang lurus."
(QS Al-An'am:39)

Tentang Beliau

Tentang Beliau

Counting days

Daisypath Anniversary tickers

Click

Date

Masa itu Emas

comments

visit-visit

My Follower

Search This Blog