kAsiH WiDuri

cerita hati kita







La Tahzan :D
Ya Allah, tabahkanlah hati hamba mu ini,
semoga diri ini menjadi seorg yg tabah di dunia dan diakhirat.







"No one is perfect... that's why pencils have erasers"






Dr. Hans Selye, seorang tokoh ilmu psikologi yang terkenal, mendefinisikan stress atau tekanan sebagai “reaksi badan yang tidak menentu atau tidak spesifik (non-specific reaction) terhadap suatu keadaan.”

Stress atau tekanan mempunyai kebaikannya. ianya sering melanda diri kita terutamanya pelajar. Sebagai contoh, peperiksaan menyebabkan tekanan, namun ia menyebabkan seseorang membuat persiapan yang rapi untuk menghadapinya. Sakit juga menyebabkan tekanan, namun ia adalah penting untuk melahirkan keinsafan dan kesedaran. Tekanan yang melahirkan kesan yang positif ini di namakan sebagai eustress atau tekanan yang baik. Allah berfirman, “Sesungguhnya Kami akan mengujimu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikan berita gembira kepada mereka yang sabar.” (Surah Al-Baqarah ayat 155)

Tekanan yang berbahaya ialah yang tidak dapat dikawal sehingga membuat seseorang mengalami kesugulan, putus harapan, keinginan untuk membunuh diri dan seumpamanya.

Masalah dan ujian kebiasaannya tidak menyebabkan tekanan yang melampau ke atas seseorang. Yang menyebabkannya ialah persepsi yang salah ataupun pemikiran yang negatif, sehingga akhirnya menimbulkan reaksi yang melampau. Sebagai contoh, apabila dua orang dihadapkan dengan tekanan yang sama, reaksi mereka adalah berbeza. Seorang mungkin tidak boleh menerima realiti dan terus berputus asa, lantas tekanan yang dialaminya sangat tinggi. Rakannya pula menganggap ujian sebagai lumrah hidup dan menerimanya sebagai cabaran dan kesempatan untuk memperbaiki diri, justeru tekanan yang dialaminya merupakan tekanan yang menguntungkan. Salah satu contoh yang amat baik untuk ditonjolkan ialah seorang lelaki kudung yang dipaparkan oleh TV Malaysia pada malam 16 Januari 1996. Beliau dilahirkan sebagai seorang bayi yang kudung kedua-dua belah tangannya namun beliau tidak menjadikan kecacatannya sebagai alasan untuk kecewa dan berputus asa. Sekarang bayi itu sudah dewasa dan berjaya menjadi seorang doktor perubatan dan telah berkhidmat selama 16 tahun. Namanya ialah Dr. Zhou.

Mengikut suatu kajian yang dilakukan oleh Prevention Magazine, 10 punca utama yang menyebabkan tekanan yang memudaratkan atau stressors kepada manusia ialah:

1. Masalah kewangan

2. Masalah kerjaya

3. Memikul terlalu banyak tanggungjawab

4. Masalah perkahwinan

5. Masalah kesihatan

6. Masalah anak-anak

7. Kesunyian

8. Masalah seks

9. Masalah saudara mara

10.Masalah jiran

Kesan Tekanan Ke Atas Kesihatan

Tekanan sering kali memberi kesan kepada fizikal dan kesihatan seseorang dan di antara manifestasi nya ialah:

• Denyutan jantung menjadi laju

• Kerap sakit

• Susah tidur

• Mudah letih

• Cepat marah

• Tidak mampu memberi tumpuan

• Sakit perut dan usus

• Suka mengambil gula-gula

• Terlibat dengan penyalahgunaan dadah

• Minum arak

Tekanan dan Darah Tinggi

Tekanan merangsang pengeluaran hormon cortisol di dalam darah. Hormon ini menyebabkan tekanan darah meningkat dan apabila keadaan ini berterusan seseorang boleh menghidap penyakit darah tinggi.

Tekanan dan Kenaikan Kadar Kolesterol

Dr. Catherine Stoney dari Universiti Ohio melaporkan, tekanan jangka panjang menyebabkan paras lemak meningkat di dalam darah. Lebihan lemak ini menyempitkan pembuluh darah atau atherosclerosis dan apabila ini berlaku di dalam pembuluh darah koronari, serangan jantung akan berlaku.

Tekanan dan Sakit Jantung

Di samping hormon cortisol, tekanan juga merangsang pengeluaran adrenaline dan homocysteine. Hormon adrenaline memudahkan proses pembekuan darah dan fenomena ini apabila berlaku pada pembuluh darah koronari boleh menyebabkan serangan sakit jantung. Mengikut satu kajian yang dilakukan di Universiti Duke, tekanan juga boleh menyebabkan pembuluh darah koronari menguncup (constriction) dan hal ini meningkatkan risiko seseorang diserang sakit jantung koronari. Homocysteine adalah asid amino yang sering dikaitkan dengan penyakit jantung koronari, justeru peningkatannya ketika tekanan meningkatkan risiko diserang penyakit ini.

Tekanan dan Sistem Pertahanan Badan

Beberapa kajian yang dilakukan menunjukkan tekanan melemahkan sistem pertahanan badan dan meningkatkan risiko mendapat infeksi. Hal ini disebabkan, pengeluaran hormon epinephrine dan norepinephrine meningkat pada waktu tekanan dan kedua-dua hormon ini berfungsi melemahkan peranan sel-sel pembunuh kuman atau natural killer cells di dalam badan.

Tekanan dan Kesugulan

Otak manusia memerlukan bahan-bahan kimia tertentu untuk menstabilkan fungsinya. Bahan-bahan ini menjadi penghubung di antara sel-sel saraf di dalam otak dan ia memastikan sistem saluran maklumat berjalan dengan baik. Di antara bahan-bahan yang diperlukan ialah serotonin, norepinephrine dan dopamine. Ketidakseimbangan di antara bahan-bahan ini boleh menyebabkan kesugulan atau depression dan kajian-kajian menunjukkan tekanan yang kronik boleh menyebabkan kesugulan ini.

Tekanan dan Memori

Web MD Health bertarikh 25 September 2000 melaporkan tentang satu kajian yang mendapati tekanan melemahkan konsentrasi dan daya ingatan individu dan keadaan ini meningkatkan risiko berlakunya kemalangan di tempat kerja dan rumah. Kajian ini juga mendapati, pendedahan yang lama kepada hormon cortisol yang sering meningkat pengeluarannya pada waktu seseorang mengalami tekanan, merosakkan bahagian otak yang berfungsi menyimpan dan memproses maklumat yang dikenali sebagai hippocampus.

Tekanan dan Seks

Kajian-kajian juga menunjukkan, tekanan mengurangkan minat seseorang terhadap seks dan boleh menyebabkan kemandulan. Bagi lelaki, kemandulan ini berpunca dari pengeluaran hormon-hormon tertentu oleh otak yang menyempitkan pembuluh darah di bahagian zakar sekali gus menghalang penegakan zakar (erection). Bagi wanita, hormon-hormon ini mengganggu bahagian otak yang dikenali sebagai hypothalamus. yang berfungsi mengeluarkan hormon-hormon kesuburan.

Tekanan dan Kecacatan Bayi

Kajian yang dilakukan oleh pakar-pakar di Denmark menunjukkan, tekanan yang kronik boleh menyebabkan kecacatan anak di dalam rahim ibu terutamanya kecacatan di bahagian mulut dan jantung. Penemuan ini diterbitkan oleh majalah Lancet pada 9 September 2000.

Mereka yang cemerlang ialah mereka yang mengenali stress serta mampu menanganinya dengan baik dengan menggunakan formula yang betul.

Untuk perincian sila dapatkan buku ‘Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden’ karangan Dr. Danial bin Zainal Abidin)

Nukilan

Dr. Danial bin Zainal Abidin (M.B.Ch.B., Universiti Alexandria)

Beliau ialah Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy,

Pengamal Perubatan selama 20 tahun,

Motivator Radio Malaysia Pulau Pinang selama 10 tahun,

Penulis 10 buah buku, Kolumnis Majalah-i

Pemudah Cara Pelbagai Korporat dan Institusi,

Penasihat Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa.


Adam,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.
Sesungguhnya aku adalah Hawa,
temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.
Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa terpesong dari landasan,
kerana aku buruan syaitan.

Adam,
Maha suci Allah yang mentakdirkan
kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu dia akhir zaman,
itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya.
Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku
nescaya merahlah dunia kerana darah manusia,
kacau-bilaulah suasana,
Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil
sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya.
Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah
yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu
tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam,
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku,
bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku.
Tapi.....aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu.
Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku
mesti tunduk ketika menjadi isterimu.
Namun.....terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.

Adam,
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan
kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita.
Kau diberi amanah untuk mendidik aku,
kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku,
memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu. Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini,
aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu.
Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan.
Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah.
Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku.
Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut.
Tapi......realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Adam.
mengapa kau biarkan aku begini?
Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu.
Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu.
Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata.
Padahal, kau duduk saja.
Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja.
Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba,
kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara.
Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?
apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?

Adam,
Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong,
maka Adam yang patut tanggung!
Kenapa? Mengapa begitu ADAM?
Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak bapak tak pandai didik,
jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar!
Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu
dengar kata,
tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini

Adam,
seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama
seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya?
Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka?
Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam,
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu,
aku adalah pengikut-pengikutmu
kerana kau adalah ketua.
Jika kau benar, maka benarlah aku.
Jika kau lalai, lalailah aku.
Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.
Akalmu sembilan, nafsumu satu.
Aku...akalku satu nafsuku beribu!
Dari itu Adam,pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa dan lalai,
sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah,
perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku.
Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam,
Andainya aku masih lalai dengan karenahmu sendiri,
masih segan mengikut langkah para sahabat,
masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah,
dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah.
Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu....


credit to Iman (^^,)

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…

Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
Seringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami…

Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan periharalah aku dari kekecewaan…

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…

Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…

Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…
Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…

Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan periharalah kami dari azab api Neraka…

Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin.


Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan
oh Tuhan Maha Kuasa
Terima taubat hamba berdosa
Ku akui kelemahan diri
Ku insafi kekurangan ini
Ku kesali kejahilan ini
Terimalah terimalah terimalah taubat ku ini

Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan
Kerna hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan
Ku akui kelemahan diri
Ku insafi kekurangan ini
Ku kesali kejahilan ini
Terimalah terimalah terimalah taubat ku ini

Di hamparan ini ke meminta moga taubat ku di terima

Ku akui kelemahan diri
Kuinsafi kekurangan ini
Ku kesali kejahilan ini
Terimalah terimalah terimalah taubat ku ini

Ku akui kelemahan diri
Kuinsafi kekurangan ini
Ku kesali kejahilan ini
Terimalah terimalah terimalah taubat ku ini

Ya Allah, ampunkanlah dosa2 kami, kedua ibu bapa kami, sahabat kami, guru kami.



Alhamdulillah...
raya datang lagi...
tahun ni kami beraya tanpa abg farhan
sobb..sobb...
sedih..
pape pun selamat hari raya buat abg farhan
maaf zahir dan batin yekk!
heee..

tahun ni raya x berapa meriah laa
mungkin sebab da besar..
so x dapat duit raya :((

Raya pertama : beraya di rumah nenek

Raya kedua : duduk kat umah jer!!




I can't give solutions to all of life's problems, doubts,
or fears. But I can listen to you, and together we will
search for answers.

I can't change your past with all it's heartache and pain,
nor the future with its untold stories.
But I can be there now when you need me to care.

I can't keep your feet from stumbling.
I can only offer my hand that you may grasp it and not fall.

Your joys, triumphs, successes, and happiness are not mine;
Yet I can share in your laughter.

Your decisions in life are not mine to make, nor to judge;
I can only support you, encourage you,
and help you when you ask.

I can't prevent you from falling away from friendship,
from your values, from me.
I can only pray for you, talk to you and wait for you.

I can't give you boundaries which I have determined for you,
But I can give you the room to change, room to grow,
room to be yourself.

I can't keep your heart from breaking and hurting,
But I can cry with you and help you pick up the pieces
and put them back in place.

I can't tell you who you are.
I can only love you and be your friend.



Ape bende la ni ea...
hurm..
disebabkan dapat award ni dari abg zaki..
so terpaksa la jawab beberapa soalan yg agak banyak...
interesting blog award??
hehe...rasanye mcm xde yg menarik je kat blog aku ni....
hurm...btw...thanks abg zaki....

1. apa yang anda akan buat bila anda tahu kawan anda tikam belakang anda?

- menangis sekuat-kuat nye...sampai hati dia buat mcm ni kat aku.....sob...sob....

2. 6org dihati anda?

- abah,mak,baby,adik,akak,abg......luv u all...muaahhhh

3.anda rasa anda comel?

- mmg saya comel...hahaha(perasan giler)

4. single or taken?
- single

5.blog yang mana anda suka?
- semua blog...hehe

6.adkah bilik anda kemas setiap hari?
- hurm.....ye kot...lalala~

7. lagu yang terakhir anda dengar?
- muhasabah cinta...besh2...

8.last text message?
- sedih T_T

9. last phone call?
- 14 april 05:34pm

10. game yang anda paling suka?
- barn buddy....tanam2 sayorr...

11. tag lagi orang..(soalan and tag sudah dikurangkan):)jenuh ohhhh..
- fatihah
- hazimah
- fathiyyah



Dalam ulitan mimpi, aku dikejutkan dengan bunyi
nyalakan anjing yang begitu kuat diselangi dengan
pekikan halus anak kucing yang penuh derita. Ahh..ini
semua nyata mengganggu tidurku. Kulihat jam dinding
tepat menunjukkan jam 4 pagi. Berbalik pada nyalakan
anjing yang begitu mengganggu tidurku. Semakin galak
ia menyalak dan semakin kuat juga bunyi si kucing
mengiau. Lantas aku bangkit dari katil ku menuju
jendela.

MasyaAllah…. Apa yang aku lihat benar-benar menyayat
hati ku. Dua ekor anjing besar (agaknya tengah
kelaparan) cuba menggigit seekor anak kucing yang
nyata sekali bukan lawannya. Ku lihat anak kucing itu
benar-benar berusaha mempertahankan dirinya. Pekikan
halusnya benar-benar menyentuh jiwa ku. Aku hanya
berdiri di jendela ku. Hendak ku turun ke laman, nanti
tak pasal-pasal aku yang jadi mangsa gigitan anjing
durjana tu. Apa yang aku lakukan untuk menyelamatkan
si anak kucing yang cuba mempertahankan dirinnya itu?
Berdiri , melihat dan mendengar anak kucing itu
memekik penuh derita sahaja…

Tanpa ku sedari air mata ku mengalir membasahi pipi
ku… Sedih… Aku tidak cuba untuk menyelamatkan anak
kucing malang itu. Hatiku bagaikan tersentak. Aku
insaf melihatkan bagaimana tubuhnya yang kecil itu
cuba melawan binatang yang mengganas. Kaki kecilnya
yang tak berdaya cuba untuk mencakar-cakar
anjing-anjing jahanam itu. Tanpa rasa belas ku lihat ,
kedua-dua ekor anjing gila itu cuba memamah tubuh
kecil yang memberontak mempertahankan dirinya daripada
menjadi mangsa keganasan anjing-anjing durjana itu.

Innalillahi innalillahi rojiun… suara pekikan anak
kucing itu semakin lemah dan akhirnya senyap. Salakan
anjing durjana itu juga tidak kedengaran lagi.
Anjing-anjing durjana itu tadi menolak-menolak tubuh
si anak kucing. Anak kucing itu tidak bergerak lagi….
Astaghrfirullahhalazim… Ya Allah… ampunilah dosa ku….
Adakah rasa keinsafan ku ini hanya sementara?...

Melihat peristiwa yang menyayat hati di depan mata ku
sendiri ini, membuatkan aku mula berfikir… adakah ini
sebenarnya yang kita lakukan… Maksudku… dalam kita
bergembira dan menikmati hidup dengan sempurna dengan
izin Allah, saudara-saudara seIslam kita di tempat
lain berjuang nyawa mempertahankan kesucian Islam. Dan
juga dalam masa yang sama kita di sini yang mengaku
Islam tanpa disedari melelong kesucian Islam.
Nauzibillahiminzalik….

Banyak juga yang aku fikirkan…. Sahabat ku, cubalah fikir sejenak…. Kenapa kita umat Islam diibaratkan seperti anak kucing yang kecil, tidak bermaya, kesorangan dan hanya mampu memekik sahaja. Sedangkan Yahudi (terutamanya) dan orang kafir umpama anjing besar yang
kelaparan….fikirlah sejenak….
Adakah kita umat islam di sini, seperti aku yang hanya berdiri
menyaksikan penderitaan anak kucing itu tanpa berbuat apa-apa. Hanya mampu mengasihani
sahaja… dan membiarkan sahaja kegilaan anjing-anjing itu
berleluasa.

“Ya Tuhan kami, janganlah
Engkau hukum kami jika kami
terlupa atau tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau
bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana
Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya
Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa
yang tidak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah
kami;ampuni kami;dan rahmatilah kami. Engkaulah
Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum
kafir.” (Al Baqarah : 284-286)

Kejelitaan itu.....
Adalah anugerah yang patut disyukuri..
Bukan dibanggakan...

Kejelitaan itu....
Apabila tiba waktu
Adalah daun yang luruh
Adalah buah yang jatuh
Adalah bunga yang layu
Adalah rumput yang lesu
Adalah kayu yang reput
Adalah laut yang surut
Adalah air yang keruh
Adalah kain yang lusuh
Adalah senja yang samar
Adalah bulan yang pudar

Demikianlah kejelitaan itu
Mengingatkan diriku dan dirimu
Betapa yang ada hari ini
Tidak kekal abadi

Kerana apabila tiba waktunya
kau..aku dan siapa saja
Akan hilang dan kembali ke asalnya...


Suatu ketika, Muaz bin Jabal r.a. menghadap Rasulullah S.A.W. dan bertanya kepada baginda:

“Wahai Rasulullah S.A.W., tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah S.W.T”

Erti firmanNya;

“Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris”
(Surah al-Naba’)

Mendengar pertanyaan ini, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab;

“Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepadaku perkara yanag amat besar bahawa umatku masing-masing dengan pembawaan diri mereka sendiri.”

Maka Rasulullah menyatakan setiap barisan yang sebanyak 12 barisan.

BARISAN PERTAMA

Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih;

“Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya. Maka demikian balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KEDUA

Diiringi dari kubur dalam berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih;

“Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KETIGA

Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking.

“Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KEEMPAT

Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.

“Mereka adalah orang yag berdusta di dalam jual beli. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KELIMA

Diiringi dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu,Allah S.W.T. menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.

“Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka kerana takut diketahui manusia,tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah S.W.T. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KEENAM

Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.

“Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KETUJUH

Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dari mulut mereka mengalir nanah dan darah.

“Mereka itu adalah orang yang enggan member kesaksian di atas kebenaran. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KELAPAN

Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.

“Mereka adalah orang yang berbuat zina. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KESEMBILAN

Diiringi dari kubur dengan wajah hitam gelap dan bermata biru sementara di dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.

"Mereka adalah orang yang memakan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."

BARISAN KESEPULUH

Diiringi dari kubur dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan sopak dan kusta.

"Mereka adalah orang yang derhaka kepada ibu bapa. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."

BARISAN KESEBELAS

Diiringi dari kubur dalam keadaan buta mata kepala,gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terlanjur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran.

"Mereka adalah orang yang meminum arak. Maka inilah balsannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."

BARISAN KEDUA BELAS

Mereka diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka datang suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan;

"Mereka adalah orang yang banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih.”

semoga kita semua tergolong dalam golongan orang2 yg beriman..



Yakjuj, Makjuj dikurung dalam tembok ajaib Oleh Nasron Sira Rahim DI sebalik pembinaan kota besar hasil kemajuan pembangunan dan kemodenan yang melanda hampir seluruh pelusuk dunia hari ini, masih terdapat satu kawasan rahsia di muka bumi ini yang menyimpan ribuan makhluk misteri. Sehingga kini, penerokaan demi penerokaan di seluruh kawasan bumi masih belum menemui wilayah asing itu sekali gus menyebabkan kewujudan makhluk terbabit tidak akan dikenal pasti pengkaji atau manusia umumnya.
Bagaimanapun, kewujudan makhluk itu adalah sahih dan suatu hari nanti, mereka akan muncul juga di hadapan manusia. Akan tetapi, ketika makhluk itu muncul, sudah terlambat untuk manusia berbuat apa-apa lagi. Tiada lagi kajian mengenai sejarah kewujudan atau penyelidikan sains dilakukan terhadap makhluk itu seperti penemuan artifak atau spesies baru ketika ini kerana sewaktu munculnya makhluk dikenali Yakjuj dan Makjuj itu, dunia sudah terlalu hampir dengan kiamat! Sejak dikurung ribuan tahun lalu, kewujudan dan lokasi ‘pusat tahanan’ Yakjuj dan Makjuj masih menjadi misteri kepada manusia.
Bagaimanapun, kewujudan dua makhluk itu adalah pasti lantaran ia dinyatakan dalam al-Quran serta tergolong dalam perkara ghaib yang wajib diimani manusia menerusi tanda besar berlakunya kiamat. Pensyarah Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (API-UM), Prof Madya Dr Fauzi Deraman, berkata Yakjuj dan Makjuj bukanlah berupa haiwan atau spesies lain sebaliknya ia adalah manusia yang berasal daripada keturunan Nabi Adam AS. Katanya, mengikut hadis, bangsa Yakjuj dan Makjuj berasal daripada keturunan anak lelaki Nabi Nuh AS iaitu Yafis yang berkembang melewati masa sehinggalah Zulkarnain membina tembok bagi menghalang mereka keluar dari lokasi mereka. “Cerita mengenai sejarah Yakjuj dan Makjuj tertera dalam al-Quran menerusi surah al-Kahfi, ayat ke-92 hingga 98 manakala kebangkitan mereka dinyatakan dalam surah an-Anbiyaa’, ayat ke-96 dan 97,” katanya. Allah berfirman menerusi ayat surah al-Kahfi itu: “Kemudian dia (Zulkarnain) menempuh suatu jalan (yang lain lagi). Hingga apabila dia sampai antara dua gunung, dia mendapati di hadapan kedua bukit itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan. “Mereka berkata: ‘Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara mereka?’. “Zulkarnain berkata: ‘Apa yang dikuasakan Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan peralatan), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka. Berilah aku potongan-potongan besi’. “Hingga apabila besi itu sudah sama rata dengan kedua-dua (puncak) gunung itu, berkatalah Zulkarnain: ‘Tiuplah (api itu)’. Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata: ‘Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar aku tuangkan ke atas besi panas itu. “Maka mereka tidak dapat mendakinya dan mereka tidak dapat melubanginya. Zulkarnain berkata: ‘Ini (dinding) adalah rahmat daripada Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku (kiamat), Dia akan menjadikannya hancur luluh dan janji Tuhanku itu adalah benar’.” Dalam ayat surah an-Anbiyaa’ pula, Allah berfirman: “Hingga apabila dibukakan (tembok) Yakjuj dan Makjuj; dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi. Dan sudah dekatlah kedatangan janji yang benar (kaimat) maka tiba-tiba terbelalaklah mata orang kafir. (Mereka berkata): ‘Aduhai, celakalah kami, sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian mengenai ini, bahkan kami adalah orang yang zalim’.”
Dr Fauzi berkata, selain dua surah al-Quran itu, terdapat banyak hadis kuat yang membicarakan mengenai Yakjuj dan Makjuj tetapi terdapat juga perbezaan pendapat di kalangan ulama mengenai ciri-ciri bangsa itu yang tidak diterangkan nas. “Hadis riwayat Imam Ahmad pula menerangkan ciri fizikal Yakjuj dan Makjuj yang antara lain bermuka bulat dan kulit kekuningan seperti wajah kebanyakan penduduk Asia Tengah. “Ulama juga cenderung mengatakan Yakjuj dan Makjuj berasal dan dikurung di benua Asia Tengah berdasarkan tafsiran ayat ke-90 dari surah al-Khafi yang menyebut Zulkarnain sampai ‘di tempat terbit matahari’ iaitu timur dunia,” katanya. Pendapat lain menambah yang Yakjuj dan Makjuj berkemungkinan berasal daripada bangsa Tartar dan Mongul manakala lokasi tahanan mereka adalah kawasan pergunungan luas Caucasus. Beliau berkata, kebanyakan ulama menyatakan yang bangsa itu terus wujud sehingga kini tetapi dipisahkan daripada dunia manusia oleh Allah SWT menerusi tembok dibina Zulkarnain itu. Katanya, tugas bangsa itu setiap hari sejak ribuan tahun lalu adalah mengorek tembok itu untuk tembus ke dunia manusia tetapi Allah masih menghalang mereka dengan kembali meneguhkan benteng berkenaan sehinggalah hampirnya hari kiamat. “Allah akan mengizinkan tembok itu runtuh dan Yakjuj dan Makjuj bebas ke dunia manusia apabila hampirnya kiamat dan peristiwa itu menjadi satu daripada 10 tanda besar kiamat,” katanya. Yakjuj dan Makjuj juga muncul selepas kematian Dajal yang dibunuh Nabi Isa AS dan bangsa itu akan mendatangkan kerosakan besar di muka bumi. Kekuatan mereka dikatakan luar biasa dan terlalu hebat sehingga tiada sesiapa yang mampu menewaskan kumpulan itu. “Nabi Isa AS memerintahkan manusia yang masih beriman berlindung di pergunungan bagi mengelak menjadi mangsa Yakjuj dan Makjuj; baginda kemudian berdoa kepada Allah SWT dan Allah membinasakan mereka dengan mengutuskan ulat yang menyerang belakang badan golongan itu sehingga mati. “Selepas bangsa Yakjuj dan Makjuj mati serta menjadi busuk, Allah mengutuskan seekor burung besar untuk mengangkut dan membersihkan mayat itu dari bumi,” katanya. Menyoroti dalil kewujudan Yakjuj dan Makjuj, manusia seharusnya yakin mempertahankan akidah Islam dan tidak bertangguh memohon keampunan dan keredaan Allah kerana mereka yang masih lalai adalah golongan yang diterangkan dalam surah an-Anbiyaa’ di atas seperti firman-Nya: “(Mereka berkata): ‘Aduhai, celakalah kami, sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian mengenai ini, bahkan kami adalah orang yang zalim’.”
Fakta Yakjuj dan Makjuj Ketika kemunculannya, mereka dikatakan akan menuju ke sebuah tasik di Palestin dan akan minum air tasik itu sehingga kering. Memiliki zuriat yang ramai dan dikatakan tidak akan mati sehingga melahirkan lebih 1,000 zuriat. Tiada siapa mampu menewaskan mereka dan hanya binasa dengan kekuasaan Allah. Muncul selepas turunnya Nabi Isa AS dan Dajal. Dalam sebuah hadis, Rasulullah menyatakan kebimbangannya apabila pada zaman baginda, Yakjuj dan Makjuj dikatakan sudah berjaya menebuk benteng Zulkarnain sebesar bulatan dibentuk ibu jari dan jari telunjuk..
Subhanallah......

About this blog

" Jika dia jodohku, KAU permudahkanlah.. dan jika bukan, KAU jauhkanlah dia dariku.. Dan jika perasaan ini.. menyayanginya keranaMU, KAU bantulah kami.. dan jika ianya kerana nafsu semata.. Kau jauhkanlah ia dari kami.."

Renungan

"Barangsiapa yang dikehendaki Allah (kesesatan) nescaya disesatkan-Nya. Dan, barangsiapa yang dikehendaki Allah (untuk diberi-Nya pertunjuk) nescaya Dia menjadikan-Nya berada dijalan yang lurus."
(QS Al-An'am:39)

Tentang Beliau

Tentang Beliau

Counting days

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Click

Date

Masa itu Emas

comments

visit-visit


My Follower

Search This Blog