kAsiH WiDuri

cerita hati kita



Ape bende la ni ea...
hurm..
disebabkan dapat award ni dari abg zaki..
so terpaksa la jawab beberapa soalan yg agak banyak...
interesting blog award??
hehe...rasanye mcm xde yg menarik je kat blog aku ni....
hurm...btw...thanks abg zaki....

1. apa yang anda akan buat bila anda tahu kawan anda tikam belakang anda?

- menangis sekuat-kuat nye...sampai hati dia buat mcm ni kat aku.....sob...sob....

2. 6org dihati anda?

- abah,mak,baby,adik,akak,abg......luv u all...muaahhhh

3.anda rasa anda comel?

- mmg saya comel...hahaha(perasan giler)

4. single or taken?
- single

5.blog yang mana anda suka?
- semua blog...hehe

6.adkah bilik anda kemas setiap hari?
- hurm.....ye kot...lalala~

7. lagu yang terakhir anda dengar?
- muhasabah cinta...besh2...

8.last text message?
- sedih T_T

9. last phone call?
- 14 april 05:34pm

10. game yang anda paling suka?
- barn buddy....tanam2 sayorr...

11. tag lagi orang..(soalan and tag sudah dikurangkan):)jenuh ohhhh..
- fatihah
- hazimah
- fathiyyah



Dalam ulitan mimpi, aku dikejutkan dengan bunyi
nyalakan anjing yang begitu kuat diselangi dengan
pekikan halus anak kucing yang penuh derita. Ahh..ini
semua nyata mengganggu tidurku. Kulihat jam dinding
tepat menunjukkan jam 4 pagi. Berbalik pada nyalakan
anjing yang begitu mengganggu tidurku. Semakin galak
ia menyalak dan semakin kuat juga bunyi si kucing
mengiau. Lantas aku bangkit dari katil ku menuju
jendela.

MasyaAllah…. Apa yang aku lihat benar-benar menyayat
hati ku. Dua ekor anjing besar (agaknya tengah
kelaparan) cuba menggigit seekor anak kucing yang
nyata sekali bukan lawannya. Ku lihat anak kucing itu
benar-benar berusaha mempertahankan dirinya. Pekikan
halusnya benar-benar menyentuh jiwa ku. Aku hanya
berdiri di jendela ku. Hendak ku turun ke laman, nanti
tak pasal-pasal aku yang jadi mangsa gigitan anjing
durjana tu. Apa yang aku lakukan untuk menyelamatkan
si anak kucing yang cuba mempertahankan dirinnya itu?
Berdiri , melihat dan mendengar anak kucing itu
memekik penuh derita sahaja…

Tanpa ku sedari air mata ku mengalir membasahi pipi
ku… Sedih… Aku tidak cuba untuk menyelamatkan anak
kucing malang itu. Hatiku bagaikan tersentak. Aku
insaf melihatkan bagaimana tubuhnya yang kecil itu
cuba melawan binatang yang mengganas. Kaki kecilnya
yang tak berdaya cuba untuk mencakar-cakar
anjing-anjing jahanam itu. Tanpa rasa belas ku lihat ,
kedua-dua ekor anjing gila itu cuba memamah tubuh
kecil yang memberontak mempertahankan dirinya daripada
menjadi mangsa keganasan anjing-anjing durjana itu.

Innalillahi innalillahi rojiun… suara pekikan anak
kucing itu semakin lemah dan akhirnya senyap. Salakan
anjing durjana itu juga tidak kedengaran lagi.
Anjing-anjing durjana itu tadi menolak-menolak tubuh
si anak kucing. Anak kucing itu tidak bergerak lagi….
Astaghrfirullahhalazim… Ya Allah… ampunilah dosa ku….
Adakah rasa keinsafan ku ini hanya sementara?...

Melihat peristiwa yang menyayat hati di depan mata ku
sendiri ini, membuatkan aku mula berfikir… adakah ini
sebenarnya yang kita lakukan… Maksudku… dalam kita
bergembira dan menikmati hidup dengan sempurna dengan
izin Allah, saudara-saudara seIslam kita di tempat
lain berjuang nyawa mempertahankan kesucian Islam. Dan
juga dalam masa yang sama kita di sini yang mengaku
Islam tanpa disedari melelong kesucian Islam.
Nauzibillahiminzalik….

Banyak juga yang aku fikirkan…. Sahabat ku, cubalah fikir sejenak…. Kenapa kita umat Islam diibaratkan seperti anak kucing yang kecil, tidak bermaya, kesorangan dan hanya mampu memekik sahaja. Sedangkan Yahudi (terutamanya) dan orang kafir umpama anjing besar yang
kelaparan….fikirlah sejenak….
Adakah kita umat islam di sini, seperti aku yang hanya berdiri
menyaksikan penderitaan anak kucing itu tanpa berbuat apa-apa. Hanya mampu mengasihani
sahaja… dan membiarkan sahaja kegilaan anjing-anjing itu
berleluasa.

“Ya Tuhan kami, janganlah
Engkau hukum kami jika kami
terlupa atau tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau
bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana
Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya
Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa
yang tidak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah
kami;ampuni kami;dan rahmatilah kami. Engkaulah
Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum
kafir.” (Al Baqarah : 284-286)

About this blog

" Jika dia jodohku, KAU permudahkanlah.. dan jika bukan, KAU jauhkanlah dia dariku.. Dan jika perasaan ini.. menyayanginya keranaMU, KAU bantulah kami.. dan jika ianya kerana nafsu semata.. Kau jauhkanlah ia dari kami.."

Renungan

"Barangsiapa yang dikehendaki Allah (kesesatan) nescaya disesatkan-Nya. Dan, barangsiapa yang dikehendaki Allah (untuk diberi-Nya pertunjuk) nescaya Dia menjadikan-Nya berada dijalan yang lurus."
(QS Al-An'am:39)

Tentang Beliau

Tentang Beliau

Counting days

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Click

Date

Masa itu Emas

comments

visit-visit


My Follower

Search This Blog